Rewang

Dasar Privasi

Rewang dibuat oleh Foundry One Lab. Dasar ini menerangkan data yang digunakan oleh aplikasi Rewang dan halaman RSVP Online, dan pilihan anda.

Ringkasnya

  • Perancang majlis anda (senarai semak, tetamu, bajet, e-kad) disimpan dalam telefon anda sahaja. Kami tidak nampak data ini.
  • Akaun hanya diperlukan untuk RSVP Online. Anda boleh guna semua ciri lain tanpa akaun.
  • Tiada iklan. Kami tidak menjual data. Kami tidak menjejak anda.
  • Anda boleh padam akaun dan semua data online pada bila-bila masa.

Data dalam telefon anda

Semua yang anda masukkan dalam perancang disimpan dalam telefon anda dan berfungsi tanpa internet. Ia tidak dihantar kepada kami.

Jika anda eksport sandaran, fail itu pergi ke tempat yang anda pilih (contohnya Google Drive atau WhatsApp). Simpan fail itu dengan selamat kerana ia mengandungi senarai tetamu anda.

Akaun

Jika anda log masuk, kami simpan alamat e-mel anda dan rekod log masuk. Kami guna e-mel untuk menghantar kod log masuk dan untuk memulihkan pembelian anda pada telefon lain. Kami tidak menghantar e-mel pemasaran.

RSVP Online

Apabila anda membuka RSVP Online untuk sesuatu majlis:

  • Butiran e-kad yang anda terbitkan (nama, tarikh, tempat, aturcara, nombor hubungan dan gambar templat) boleh dilihat oleh sesiapa yang ada pautan.
  • Tetamu memberi nama, bilangan orang dan kehadiran. Nombor telefon dan ucapan adalah pilihan.
  • Jawapan tetamu hanya boleh dilihat oleh tuan rumah majlis itu.
  • Halaman tetamu tidak menggunakan kuki atau penjejak. Ia hanya mengingati jawapan dalam pelayar tetamu supaya mereka boleh menukarnya.

Untuk tuan rumah

Anda bertanggungjawab ke atas butiran yang anda letak pada kad dan cara anda guna maklumat tetamu. Guna maklumat tetamu untuk majlis anda sahaja.

Pembayaran

Pembayaran diproses oleh Google Play. Kami tidak menerima butiran kad atau bank anda. Kami hanya menerima rekod pembelian (token dan nombor pesanan) untuk mengesahkan bayaran.

Siapa yang menyimpan data online

Pelayan mereka mungkin berada di luar Malaysia. Kami hanya guna penyedia yang melindungi data dengan penyulitan dan kawalan akses.

  • Supabase: pangkalan data dan log masuk.
  • Cloudflare: laman web halaman RSVP.
  • Google: pembayaran Google Play.

Berapa lama data disimpan

  • Halaman RSVP dan jawapan tetamu: sehingga anda padam halaman itu atau akaun anda.
  • Akaun: sehingga anda padam akaun.
  • Salinan sandaran pelayan dipadam sendiri dalam masa singkat selepas itu.
  • Rekod pembelian Google Play disimpan oleh Google mengikut dasar mereka.

Padam data anda

  • Dalam aplikasi: Tetapan → Akaun → Padam akaun. Ini memadam akaun, semua halaman RSVP dan semua jawapan tetamu.
  • Untuk satu majlis sahaja: RSVP Online → Padam halaman.
  • Tanpa aplikasi: e-mel [email protected] dari alamat e-mel akaun anda dan kami akan padam dalam masa 7 hari.
  • Data dalam telefon anda dipadam apabila anda nyahpasang aplikasi.

Hak anda

Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, anda boleh meminta untuk melihat, membetulkan atau memadam data anda, dan menarik balik persetujuan. E-mel [email protected]. Kami akan membalas dalam masa 21 hari.

Jika anda tetamu dan mahu jawapan anda dipadam, hubungi tuan rumah atau e-mel kami dengan pautan majlis itu.

Kanak-kanak

Rewang bukan untuk kanak-kanak di bawah 13 tahun. Akaun hanya untuk orang dewasa yang merancang majlis.

Keselamatan

Data online dihantar melalui sambungan yang disulitkan (HTTPS). Peraturan pangkalan data memastikan setiap akaun hanya boleh membaca halaman dan jawapan sendiri.

Pelayan kami menyimpan log teknikal yang ringkas (seperti alamat IP) untuk keselamatan, dan memadamnya selepas beberapa hari.

Perubahan

Jika dasar ini berubah, kami kemas kini tarikh di bawah. Perubahan besar akan dimaklumkan dalam aplikasi.

Hubungi kami

Foundry One Lab · [email protected]

Dikemas kini: Rabu, 28 Oktober 2026

Privacy Policy

Rewang is made by Foundry One Lab. This policy explains what data the Rewang app and its Online RSVP pages use, and the choices you have.

In short

  • Your planner (checklist, guests, budget, e-cards) is stored on your phone only. We can’t see it.
  • You only need an account for Online RSVP. Everything else works without one.
  • No ads. We don’t sell data. We don’t track you.
  • You can delete your account and all online data at any time.

Data on your phone

Everything you enter in the planner stays on your phone and works offline. It is not sent to us.

If you export a backup, the file goes wherever you choose (for example Google Drive or WhatsApp). Keep it safe: it contains your guest list.

Your account

If you sign in, we keep your email address and sign-in records. We use your email to send sign-in codes and to restore your purchases on another phone. We don’t send marketing emails.

Online RSVP

When you turn on Online RSVP for an event:

  • The card details you publish (names, date, venue, programme, contact numbers and template image) can be seen by anyone with the link.
  • Guests give their name, number of people and whether they’re coming. Phone number and wishes are optional.
  • Only the host of that event can see the replies.
  • The guest page uses no cookies or trackers. It only remembers the reply in the guest’s browser so they can change it.

For hosts

You are responsible for what you put on your card and how you use your guests’ details. Use guest details for your event only.

Payments

Payments are handled by Google Play. We never receive your card or bank details. We only receive the purchase record (a token and order number) to confirm the payment.

Who stores online data

Their servers may be outside Malaysia. We only use providers that protect data with encryption and access controls.

  • Supabase: database and sign-in.
  • Cloudflare: hosts the RSVP web page.
  • Google: Google Play payments.

How long we keep it

  • RSVP pages and guest replies: until you delete the page or your account.
  • Your account: until you delete it.
  • Server backups are overwritten shortly after.
  • Google keeps Google Play purchase records under its own policy.

Deleting your data

  • In the app: Settings → Account → Delete account. This deletes your account, all RSVP pages and all guest replies.
  • For one event: Online RSVP → Delete page.
  • Without the app: email [email protected] from your account’s email address and we’ll delete it within 7 days.
  • Data on your phone is removed when you uninstall the app.

Your rights

Under Malaysia’s Personal Data Protection Act 2010 you can ask to see, correct or delete your data, and withdraw consent. Email [email protected]. We reply within 21 days.

If you are a guest and want your reply removed, contact the host, or email us with the event link.

Children

Rewang is not for children under 13. Accounts are for adults planning an event.

Security

Online data travels over encrypted connections (HTTPS). Database rules make sure each account can only read its own pages and replies.

Our servers keep short technical logs (such as IP addresses) for security and delete them after a few days.

Changes

If this policy changes, we update the date below. Big changes are announced in the app.

Contact

Foundry One Lab · [email protected]

Last updated: Wednesday, 28 October 2026

Syarat Penggunaan / Terms of Use